KUALA LUMPUR: Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) belum menerima maklum balas daripada dua pemenang pingat dalam acara angkat berat yang gagal ujian doping pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022, September lepas.
Pengarahnya, Azura Abidin, berkata kedua-dua atlet berkenaan mempunyai tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan pada 23 Dis lalu untuk membuat keputusan sama ada mahu membuka sampel B atau sebaliknya.
"Setakat ini, mereka digantung sementara sehingga menunggu maklum balas jika atlet pilih untuk sesi pendengaran atau terus mengaku (bersalah). Dalam kebanyakan kes, kami galakkan dibuat sesi pendengaran," katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat berkata dua atlet lelaki positif bahan terlarang jenis 'anabolic androgenic steroid' ketika acara SUKMA 2022 yang berlangsung di Putrajaya dari 16-24 Sept lepas.
Sebelum ini, tiga atlet angkat berat -- dua dari Terengganu dan seorang dari Perlis - termasuk seorang berusia 16 tahun disahkan positif penggunaan bahan terlarang jenis Metandienone, Tebutaline dan Oxymetholone pada ujian sebelum temasya berkenaan.
Susulan itu, PABM mengundur diri daripada mengendalikan acara angkat berat Sukma, menyebabkan Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil alih sendiri pertandingan, namun sebarang rekod dicipta tidak diiktiraf.
Sementara itu, Azura, berkata sesi pendengaran bagi kes tiga atlet berkenaan, dijangka diadakan pada Januari atau Februari depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 28 2022
Sebelum ini, PABM mengundur diri daripada mengendalikan acara angkat berat Sukma, menyebabkan MSN mengambil alih sendiri pertandingan, namun sebarang rekod dicipta tidak diiktiraf. - Gambar hiasan
AWANI Borneo [18/05/2024] - Tingkat infra rakyat | Sektor minyak & gas | Kawasan terpencil
AWANI Borneo Sabtu, 18 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
KBS Sabah terajui Program Sabah Youth Volunteer Community
Kementerian Belia dan Sukan Sabah disaran menggerakkan program yang sesuai untuk belia Sabah seperti Program Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) yang berperanan seperti rakan muda untuk mempromosi gaya hidup sihat dam komuniti.
JIM Sabah gempur PATI, 108 PATI ditahan
Lebih 100 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.
Bantu mahasiswa akses pangkalan data pencarian pekerjaan
Politeknik Sandakan Sabah (PSS) melancarkan Pusat Satelit Myfuture Jobs dengan kerjasama PERKESO Sandakan dalam usaha membantu mahasiswa dalam mencari pekerjaan.
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
SUKMA 2024: ADAMAS harap sifar doping, tumpuan kepada badang negeri
Azura berkata pihaknya menggesa agar kesemua negeri bertanding hadir secara telus dan bersih dalam temasya dwitahunan itu.
Sesi pendengaran atlet olahraga gagal doping bulan depan - ADAMAS
Atlet olahraga yang gagal ujian doping pada Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Februari lepas, dijadual menjalani sesi pendengaran kes pada awal bulan depan.
Atlet 'kantoi' doping tidak jawab surat tunjuk sebab kepada ADAMAS
Atlet olahraga yang gagal ujian doping pada KOM Februari lepas, memilih untuk tidak menjawab surat tunjuk sebab kepada ADAMAS, walaupun diberi tempoh akhir berbuat demikian hari ini.
Atlet wanita pula positif doping - ADAMAS
Arena sukan angkat berat negara seakan-akan tidak lekang dengan kontroversi apabila seorang atlet wanita didapati positif doping, Oktober lepas.
Shapawi terkejut atlet positif doping
Peringatan bagi pengambilan bahan terlarang berulang kali sudah diberitahu dan ia amat mengejutkan.
Atlet masih lalai penggunaan bahan terlarang dalam suplemen - ADAMAS
Atlet yang disabit kesalahan biasanya tidak tahu makanan tambahan yang diambil mengandungi bahan terlarang.
PKP tidak halang ADAMAS teruskan perjuangan isu doping
ADAMAS masih tetap gigih meneruskan usaha membendung gejala doping.
Sukan Asia: Atlet positif doping digugur serta-merta - Azim
Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata ia merupakan salah satu langkah memastikan kontinjen negara mencapai sasaran sifar kes doping pada temasya itu.
Isu doping: Yan Yee berpeluang jalani hukuman minimum
Persekutuan Renang Antarabangsan (FINA) akan menentukan bentuk hukuman ke atas penerjun negara Wendy Ng Yan Yee.
Khairy antara 400 atlet lulus ujian doping Sukan SEA KL 2017
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin antara 400 atlet negara yang lulus ujian doping sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan depan.